INVENTORI KEMUDAHAN AWAM

Oleh kerana kampung ini berjiran dengan kampung -kampung lain yang lebih besar seperti Kg.Merbau Sempak Paya Jaras dan Sungai Plong ada banyak situasi yang mana kemudahan awam  kampung ini mengharap kan atau berkongsi/menumpang dengan kampung-kampung lain oleh kerana kemudahan tersebut tidak terdapat dalam kampung ini. Antara nya adalah seperti berikut:

Kemudahan sekolah/pendidikan: 

Untuk pendidikan pra-persekolahan ianya mengcukupi keperluan dengan adanya tadika yang dibiayai oleh kerajaan di samping beberapa tadika swasta.

Untuk persekolahan peringkat rendah pula murid-murid dalam kampung ini menuntut di Sekolah Rendah Kebangsaan Merbau Sempak yang juga menampung keperluan kampung Merbau Merbau Sempak dan persekitaran nya.Oleh kerana sebahagian besar penuntut di sekolah tersebut datang nya dari Kg. Kubu Gajah adalah dirasakan kampung ini perlu ada sekolah rendahnya sendiri.

Untuk murid-murid yang melanjutkan pelajaran mereka keperingkat menengah dan tidak menyambung pelajaran di sekolah/maktab luar kampung ini mereka hanya ada satu sekolah menengah pilihan yang terletak di Sg.Pelong iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading.Sekolah menegah ini pula dikatakan sesak kerana menampung murid-murid yang tinggal di kampung persekitaran seperti Merbau Sempak, Paya Jaras ,Sg. Plong ,Ladang Baru dan Kuang . Sebuah lagi sekolah menengah untuk memberi keselesaan untuk 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan